Kurikulum
KPM
Membina asas akademik, bahasa, numerasi dan kefahaman anak.
ASAS ILMUUNTUK ANAK, SEMUANYA PENTING
Ibu ayah mahu anak mendapat asas akademik yang baik, memahami agama, dekat dengan Al-Quran dan mempunyai masa untuk bergerak aktif.
Apabila semuanya di lokasi berbeza, ibu ayah perlu menyelaraskan perjalanan, penghantaran dan pengambilan anak.
SEBAB ITULAH SRII INSAN DIWUJUDKAN
Akademik, agama, Al-Quran dan pembentukan diri anak disatukan melalui tiga komponen pendidikan yang saling melengkapi.
Membina asas akademik, bahasa, numerasi dan kefahaman anak.
ASAS ILMUMembina asas agama, ibadah dan adab, dengan pembelajaran Al-Quran yang turut diberi perhatian.
AGAMA & AL-QURANMembina iman, karakter, kepimpinan dan kemahiran kehidupan, termasuk 21st Century Skills serta Fitness.
KARAKTER, KEMAHIRAN & KECERGASANUntuk anak, pembelajaran yang saling berkait. Untuk ibu ayah, kurang keperluan berpindah lokasi bagi program yang disediakan di sekolah.

KURIKULUM KPM • BIMBINGAN GURU
Kurikulum KPM menjadi asas akademik di SRII Insan. Anak dibimbing untuk memahami konsep, membaca, mengira dan menggunakan apa yang dipelajari.
Had maksimum 28 murid setiap kelas memberi lebih ruang untuk anak bertanya, mengambil bahagian dan mendapatkan bimbingan.
Kami mahu anak berani bertanya apabila belum faham.
KAFA JAIS & PEMBELAJARAN AL-QURAN
KAFA dan pembelajaran Al-Quran disusun sebagai sebahagian daripada pendidikan di SRII Insan.
Anak diperkenalkan kepada asas keimanan, ibadah, sirah dan adab. Bacaan Al-Quran serta penghayatan nilainya dibimbing mengikut tahap anak.
Menghormati guru. Bercakap dengan baik. Menunaikan tanggungjawab. Nilai agama dibawa dalam kehidupan.

PEMBINAAN INSAN
Anak belajar mengenal diri, bertanggungjawab dan menggunakan ilmu bersama orang lain. Setiap aktiviti mempunyai tujuan yang jelas.
Bicara iman yang menghubungkan pengalaman harian dengan rasa syukur, adab dan tanggungjawab.
Teladan para nabi menjadi asas untuk membincangkan amanah, kesabaran, keberanian dan cara menghadapi cabaran.
Anak belajar menerangkan idea, mendengar pandangan rakan, mencuba penyelesaian dan menggunakan teknologi secara bertanggungjawab.
Aktiviti fizikal dan sukan melatih pergerakan, kerjasama, disiplin dan ketekunan. Sukan dan riadah dijadualkan pada 5.00–6.00 petang.
IDENTITI SRII INSAN
Jersey Fitness rasmi untuk murid lelaki dan Muslimah.


PENDEKATAN PEMBELAJARAN 5P
Pembelajaran dirancang supaya anak terlibat, memahami sebab dan tahu cara menggunakan ilmu.
Berani bertanya
dan meneroka.
Berfikir, menghubungkan
idea dan memahami.
Mencuba dan menggunakan
apa yang dipelajari.
Belajar bersama dan
mendapat bimbingan
mengikut keperluan.
Mengaitkan ilmu dengan
iman, akhlak dan tindakan.
INSAN AL-FURQAN
Kami mahu membantu membentuk anak yang berilmu, mempunyai pegangan, beradab dan mampu membuat pertimbangan yang baik.
Al-Quran menjadi panduan untuk memahami yang benar dan salah, kemudian menggunakan ilmu untuk beramal dan memberi manfaat.
Hati mengingati Allah. Minda belajar memahami. Ilmu menjadi tindakan. Tindakan membawa manfaat.
SEHARI DI SRII INSAN
Waktu operasi sekolah
Pembelajaran, aktiviti sukan dan urusan pulang disusun dalam satu jadual harian.
Anak tiba dan bersedia untuk memulakan hari persekolahan.
KPM, KAFA, Al-Quran dan Pembinaan INSAN disusun mengikut jadual sekolah, bersama keperluan rehat, makan dan solat.
Masa untuk anak bergerak aktif, bersukan dan membina kecergasan.
Persediaan pulang dan pengambilan murid oleh ibu ayah.
SEKOLAH & IBU AYAH
Kerangka pentaksiran melihat tiga sudut perkembangan. Gambaran ini menjadi asas perbincangan sekolah dan ibu ayah tentang kekuatan anak serta perkara yang memerlukan bimbingan.
Apa yang anak tahu dan faham.
Bagaimana anak membawa diri dan melaksanakan tanggungjawab.
Bagaimana anak menggunakan ilmu untuk menghasilkan sesuatu atau menyelesaikan masalah.
Supaya sekolah dan rumah dapat sama-sama menyokong perkembangan anak.
KENALI SRII INSAN
SRII Insan sedang membuat persediaan untuk kemasukan Januari 2027 dengan visi membina generasi Ulul Albab, pemimpin masa depan.
Anak dibimbing untuk beriman, mencintai ilmu dan belajar memimpin diri sebelum memimpin orang lain.
Pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Pengalaman mengurus keperluan anak selepas sekolah.
Menyatukan pengalaman dalam perjalanan sekolah rendah.
PENASIHAT PENDIDIKAN
Penasihat Pendidikan
SRII TemanKu
Memberi pandangan pendidikan untuk memperkukuh perancangan dan hala tuju SRII Insan.
Penasihat Pendidikan
SRII Tahfiz Nadi Putrajaya
Memberi pandangan pendidikan untuk memperkukuh perancangan dan hala tuju SRII Insan.
THE CORAK, BANDAR SERENIA
SRII Insan berlokasi di The Corak, Bandar Serenia, Sepang. Bincangkan ruang pembelajaran, pengawasan dan urusan menghantar serta mengambil anak bersama pasukan kami.
Temujanji dan lawatan premis boleh diatur mengikut ketersediaan.
Tanya tentang LawatanSRII INSAN
RANCANG PENDIDIKAN ANAK DENGAN JELAS
Pilih kaedah bayaran yang sesuai untuk keluarga. Lihat pecahan yuran dan perkara yang termasuk sebelum mendaftar.
RM690/ bulan
Yuran pembelajaran untuk 11 bulan.
RM550/ bulan efektif
RM6,050 dibayar di hadapan untuk 11 bulan pembelajaran.
Kadar efektif; bukan ansuran bulanan RM550.
Yuran pendaftaran tahunan RM1,499 adalah berasingan. Bayaran kemasukan, pengecualian mengikut pelan serta kos buku, pakaian, makanan dan aktiviti diperincikan pada halaman Yuran.
Lihat Struktur YuranSOALAN LAZIM
Ini antara perkara yang mungkin sedang ibu ayah fikirkan.
PENDIDIKAN UNTUK KEHIDUPAN
Sebelum hari itu tiba, kita mahu membekalkan anak dengan iman sebagai pegangan, ilmu untuk memahami, akhlak untuk membimbing tindakan serta kemahiran dan kekuatan diri untuk menghadapi kehidupan.
Bukan Sekadar Pelajar.
Seorang INSAN Al-Furqan.

KEMASUKAN JANUARI 2027
Kenali program, fahami yuran dan bincangkan keperluan anak bersama kami.
Selepas daftar minat, pasukan kami akan menghubungi ibu ayah untuk memberi penerangan.
Untuk temujanji, masa sesi akan disahkan bersama. Daftar minat tanpa bayaran.